Khamis, 19 Ogos 2010

Nur Muhammad S.A.W

Wahai Tuhan, tolong sampaikanlah doa dan rindu ini..
kepada Nur Muhammad, cahaya sebagai sumber segala cahaya
Wahai Tuhan, tolong ikatkanlah hati kami ini kepada Nur Muhammad
cahaya penghubung hati dengan Allah
cahaya yang mampu menembusi kegelapan hati untuk dicahayakan
dengannya hati dapat melihat Allah dan mampu untuk berhubung dengannya
Maka Allah pun wujud dalam seluruh hidupnya...
Allah pun gerakkanlah setiap gerakannya
Allah lah yang mewakilkannya kepada manusia.
Dialah Allah yang melantikkannya bayangan Nur Muhammad
yang dipinjamkan pesuruh di atas pesuruh
cahaya di atas sumber cahaya
Cahaya Nur Muhammad penghubung hati dengan Tuhan
Cahaya zaman yang tidak pernah padam oleh 1001 kegelapan yang menghalang
untuk menerangi zaman
Maka Islam akan kembali gemilang
Allah diagungkan semula
Nabi Muhammad dibanggakan lagi diseluruh dunia.


Oh Tuhan, Kau jadikan cahaya itu jugalah anak kunci sumber kejayaan
Maha Hebat Mu Tuhan dengan ciptaan ini
Adilnya Dikau, kerana mempersiapkan ini untuk dunia yang diciptakan penuh kegagalan
Terima kasih Tuhan kerana baiknya Dikau menyediakan sesuatu yang amat diperlukan
Betapalah kami sangat merinduinya
Betapalah kami sangat merinduinya
Dia sumber membenteras kegagalan
Dia anak kunci sumber kejayaan
Siapa yang menolaknya menempah kegagalan
Lalu Kau ciptakan dia mendahului segala
Oh Tuhan, Kau jadikan cahaya itu juga ialah anak kunci sumber kejayaan
Maha Hebat Mu Tuhan dengan ciptaan ini
Adilnya Dikau, kerana mempersiapkan ini untuk dunia yang diciptakan penuh kegagalan
Maka tolonglah sampaikan padanya doa keselamatan sebanyaknya,
salam rindu yang cukup mendalam
Ikatan hati yang amat kuat dan erat kepada dunia di seberang sana
Dia sumber membenteras kegagalan
Dia anak kunci sumber kejayaan
Siapa yang menolaknya menempah kegagalan
Lalu Kau ciptakan dia mendahului segala
Nur Muhammad, Nur Muhammad, Nur Muhammad, Nur Muhammad
Nur Muhammad, Nur Muhammad, Nur Muhammad, Nur Muhammad


Wahai Tuhanku, masakan aku tidak kerinduan kepada cahaya akhir zaman
kerana di dalamnya penuh rahsia Mu
Buat akhir zaman rahsianya dirahsiakan dari Yahudi
tapi Kau bukakan padanya
Rahsia yang amat mahal harganya
Maka jadi pandailah dia menipu Yahudi
Bijaknya dia melepasi halangan kaumnya
Ajaibnya dia merubah segalanya
Takutlah musuh padanya
Lainnya dia dari pemimpin lain
Ganjilnya dia di tengah sekularisma, hebat strategi perjuangannya
Anehnya ilmu dan kekayaannya
Wahai Tuhanku, masakan aku tidak kerinduan kepada cahaya akhir zaman
kerana di dalamnya penuh rahsia Mu
Dengan akhlaknya dia menawan semua
Beraninya dia mengundang perang
Akhirnya ghaiblah dia di hadapan musuhnya
Betapa rahsianya dia
Dialah rahsia bagi segala rahsia
Tuhan, betapa kami cukup berbangga
Sedangkan Kau lah Pencipta semua ini
Mana mungkin hati tidak merindu
Mana mungkin hati tidak menunggu kedatangannya, tidak terikat padanya
dan terpegun, tetap terpesona dengan Mu Tuhan
Ajaibnya.....


Ya Allah, cahayakan rahsia itu kedua-duanya tidak digambarkan oleh akal
Sungguh ciptaan Mu luar biasa
Kau jadikan keduanya boleh mengubat penyakit dan selesaikan masalah
Kau ciptakan semua penyakit
Kau ciptakan semua masalah,
yakni setelah Kau ciptakan sejenis ubat
Ubat yang mampu terhadap semua,
Ubat yang mampu terhadap semua
Oh Tuhan, dia terlalu agung, dia diperlukan
Mana boleh dunia berjalan tanpanya
Kini dunia penuh penyakit, penuh dengan masalah yang tidak mungkin diselesaikan,
kerana ubatnya tiada
Ya Allah, kami terlalu rindukannya, terlalu memerlukannya
Dan amat menunggu ketibaannya
Bila lagi , Ya Allah, tibanya hari yang mulia itu untuk Kau buktikan janji Mu
Kau kirim mereka semua kembali kepada dunia
Bila lagi, bila lagi, bila lagi, Ya Allah janji Mu itu akan berlaku
Oh Tuhan, dia terlalu agung, dia terlalu diperlukan
mana boleh dunia berjalan tanpanya
Kini dunia penuh penyakit dengan masalah yang tidak memungkin diselesaikan,
kerana ubatnya tiada
Ya Allah, kami terlalu rindukannya, terlalu memerlukannya
dan amat menunggu ketibaannya.

Tiada ulasan: