TAQWA ASET DUNIA DAN AKHIRAT
Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat
Sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan
Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan
Taqwa lebih tajam dari pedang
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden
Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama
Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama
Walaupun senjata disuruh mengadakannya
Membaiki diri lebih utama melakukannya
Di dalam berhadapan dengan musuh, ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandangIa lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam
Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai yang melupakannya
Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan, ternafilah ketaqwaannya
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik dan canggih dari umat Islam
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan
Kedua-dua senjata tidak dimiliki sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin
Lebih-lebih lagi di masa berjuang
Ia bukan menjadi senjata umat Islam
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwanya
Oleh itu usahakan ketaqwaan terutama di dalam perjuangan
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam
Awasilah di dalam perjuangan membuat dosa dan kesilapan
Awasilah di dalam perjuangan membuat dosa dan kesilapan
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang
TAQWA SUMBER SEGALANYA
Walaupun harta atau wang ringgit boleh membantu orang yang bertaqwa
Tapi lumrah berlaku ia mengorbankan sifat taqwa
Harta biasanya menipu manusia
Sebelum bertaqwa ia adalah menjadi penghalang untuk bertaqwa
Setelah bertaqwa ia boleh korbankan ketaqwaan itu
Tapi sifat taqwa boleh mendatangkan bantuan dan pertolongan
Termasuk juga sifat taqwa boleh memperolehi harta dan rezeki yang tidak diduga
Bahkan sebenarnya taqwa adalah sumber segala-galanya
Sumber rezeki, sumber harta, sumber bantuan, sumber keselamatan,sumber kemenangan, sumber ketenangan
Sifat taqwa adalah kejayaan dunia dan Akhirat
Kemuliaan manusia itu adalah pada sifat taqwanya
Milikilah sifat taqwa, kita akan memiliki segala-galanya
Kalau kita memiliki segala-galanya belum mesti kita mendapat taqwa
Bahkan boleh mengorbankan sifat taqwa kita
Sifat taqwa adalah selamat-menyelamatkan
Hari ini manusia ketandusan sifat taqwa
Walaupun sudah memiliki segala-galanya namun kebahagiaan tiada
Sekalipun sudah punya berbagai-bagai perkara namun ketenangan tidak ada
Di dalam berkemajuan berlaku huru-hara
Di dalam membangun terjadi perpecahan dan perbalahan
Setelah ada kemudahan ada pula bersamanya kebimbangan dan ketakutan
Manusia mewah tapi berlaku pembunuhan
Makan minum senang kasih sayang tidak ada
Manusia bergaul hubungan hati tidak wujud
Fizikal dekat tapi hati jauh
Betapalah fizikal jauh hati lebih-lebih lagi jauh
Kerana kunci segala-galanya tidak ada dimiliki oleh manusia
Iaitu apabila sifat taqwa sudah hilang dari manusia
SIFAT TAQWA ADALAH BEKALAN AKHIRAT
Bertaubat mengembalikan kebersihan maknawi dan rohani jasad
daripada najis maknawi dan rohani yg tidak dapat dilihat
Najis yang tidak nampak dipandang oleh mata lahir tapi bahaya
Kembali bersih Tuhan kasih
Kalau kotor lagi bersihkan lagi dengan bertaubat
Ketentuan Tuhan kepada kita kenalah redha
Redha ertinya boleh menerima dengan senang hati tidak sedikit pun sakit hati
Di situlah keredhaan Tuhan
Redha Tuhan sangat mahalnya
Bukan senang hendak mendapatkan keredhaan Tuhan di dalam kehidupan
Sabar ertinya tahan menderita menerima ujian daripada Tuhan
daripada sebarang yang kita tidak suka
Sekalipun terasa sakit dan peritnya perasaan, namun tidak sampai keluh-kesah dan hilang pertimbangan
Kita tetap tenang di samping mengingatkan dosa-dosa
mengapa Tuhan menghukum kita dengan kesusahan
Sabar juga adalah kasih sayang Tuhan pada hamba-hamba-Nya
Pahalanya juga besar kerana diberi ganjaran tanpa hisab
Mengorbankan hak kita kerana Tuhan di situlah pahala dan keredhaan-Nya
Biasanya hak selalu sahaja manusia pertahankan
Mempertahankan hak selalu sahaja menjadi masalah kepada manusia di dalam kehidupan
Kerana hak selalu sahaja berlaku perselisihan dan pergaduhan
Ada orang korbankan hak di situlah keredhaan Tuhan sedangkan orang lain pertahankan
Seperti hak masa, hak harta, hak tenaga, hak giliran, hak perasaan
Seberapa banyak hak seseorang yang sanggup dikorbankanItu adalah manusia luarbiasa, wira di dalam pandangan Tuhan bukan manusia
Korbankan hak adalah sifat bertolak ansur
Korbankan hak ada unsur-unsur berlapang dada dan jiwa terbuka
Korbankan hak memberi manusia atau orang lain gembira
Korbankan hak ramai orang yang senang dan suka
Orang yang sanggup korbankan hak,
orang yang tidak ada kepentingan peribadi di dunia
Korbankan hak boleh melahirkan kasih sayang sesama manusia
Alangkah besar pahala orang yang sanggup mengorbankan hak-haknya
Mujahadah adalah sifat yang Tuhan suka
Mujahadah adalah sifat yang Tuhan suka
Mujahadah itu terseksa kerana Tuhannya
Terseksa kerana memaksa diri dan perasaan membuat yang dia tidak sukakerana Tuhan mencintainya
Terseksa kerana memaksa diri dan perasaannya meninggalkan apa yang dia sukakerana keredhaan Tuhannya
Bermujahadah Tuhan akan tunjukkan jalan-jalan kebaikan kepada hamba-hamba-Nya
Bermujahadah dianggap orang yang membuat baik
Tuhan suka orang yang membuat baik
Bermujahadah ertinya sanggup melawan hawa nafsu
sedangkan orang lain tidak mampu melakukan
Bermujahadah adalah satu gelanggang perjuangan yang lebih besar
Bermujahadah adalah satu gelanggang perjuangan yang lebih besar
sekalipun ruang lingkupnya sempit daripada berjuang melawan musuh lahirnya
Bermujahadah melawan nafsu ramai orang yang gagal sekalipun para pemimpin dan ulama
Kerana itulah orang yang kuat bermujahadah adalah wira Tuhan bukan wira bangsa
Tapi tidak glamor, tidak ada nama kerana manusia tidak tahu, hanya Tuhannya
Siapa yang hendak menjadi wira Tuhan
bersungguh-sungguhlah melawan hawa nafsunya
Dia adalah wira Akhirat bukan wira dunia
Segala yang telah disebutkan tadi ia adalah sebahagian sifat taqwa
Sifat taqwa adalah harta benda, kekayaan, aset yang bersifat maknawi dan rohani
untuk bekalan di Akhirat sana
Sekianlah adanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan