Mujahadah adalah satu jalan untuk seseorang menuju Allah
Tanpa mujahadah adalah mustahil seseorang hamba sampai kepada-Nya
Kerana yang menjadi penghalang seseorang itu menuju Allah ialah syaitan dan nafsunya
Tapi nafsu adalah lebih menghalang dari syaitan laknatullah
Kehendak nafsu dengan kehendak Tuhan biasanya selalu sahaja berlawanan
Di sinilah perlunya bermujahadah bersungguh-sungguh dan bermati-matian
Bermujahadah adalah sangat menjemukan
Bermujahadah adalah terseksa dan menyakitkan
Tapi di sinilah pahalanya yang besar dari Tuhan
Bermujahadah adakalanya sangat susah dan payah
Ada juga dengan rahmat Tuhan bermujahadah dipermudahkan
Tapi para rasul dan para nabi dengan anugerah Tuhan dipelihara TuhanMereka diberi kelebihan tanpa mujahadah menuju TuhanMereka itu orang istimewa dan orang Tuhan
Terlepas daripada syaitan dan bebas daripada nafsunya
Mereka adalah orang pilihan Tuhan
Kerana mereka hendak dijadikan contoh dan ikutan
Mereka itu benar-benar orang Tuhan, dan wakil Tuhan
Untuk diikut oleh manusia berbagai-bagai lapisanKita yang bukan rasul dan nabi ini kenalah bermujahadah
Di dalam bermujahadah mintalah pertolongan dengan Tuhan
Agar dibantu Tuhan di dalam bermujahadah melawan nafsu dan syaitan
Bertawakallah kepada Allah selalu
Meminta tolong di dalam bermujahadah agar dimudahkan oleh Tuhan
Bermujahadahlah secara istiqamah dan jangan jemu-jemu
Nanti dengan rahmat Allah mujahadah kita dipermudahkan
Moga diperoleh mujahadah yang hakiki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan