Apabila seseorang wanita itu hamil, sedikit sebanyak sikapnya yang baik mahupun yang buruk akan diwarisi oleh anak di dalam kandungan. Oleh itu ibu-ibu perlu berhati-hati di dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukannya supaya tidak menjadikan tabiat buruk sebagai amalan diri. Kita tentu inginkan anak yang cerdik, cantik dan berahklak mulia.
Pakar-pakar perubatan pemah memberi pengakuan bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia di dalam rahim ibunya lagi. Oleh itu apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana di kala itu Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin. Di kala itu janin boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.
Untuk mendapat anak yang taat segala perintah ibu dan ayahnya maka si ibu mestilah juga taat, iaitu taat perintah Allah dan taat pada suami. Kewajipan mentaati perintah suami ini datangnya dari Allah. Bila kita ingkar perintah suami bererti kita telah mengingkari perintah Allah dan tidak hairanlah kalau anak yang lahir nanti akan mewarisi sifat kita itu.
Ketika kita bergaul dengan anak-anak yang lain, jagalah tutur kata dan tingkah laku jangan sampai menunjukkan akhlak yang buruk. Contohnya mungkin di waktu mengandung kita akan cepat naik darah disebabkan penat bekerja atau bila anak-anak membuat berbagai kerenah yang menyakitkan hati. Kalau kita tidak sabar mungkin anak-anak akan dimarah, ditengking, diherdik atau dimaki-hamun dengan sumpah seranah yang tidak sepatutnya. Bila hal ini berlarutan dan kita tidak segera meminta ampun kepada Allah di atas segala keterlanjuran yang dilakukan, nantikanlah hukuman dari Allah. Justeru itu ibu yang hamil perlulah beringat dan takut selalu dengan hukuman Allah, sebab Allah tidak pemah mungkir janji.
Mungkin kita rasakan hal ini pelik dan tidak munasabah. Tapi dalam Islam, ini bukanlah satu perkara yang luar biasa atau aneh. Agama Islam telah menekankan kepada wanita wanita yang hamil supaya banyak beribadah kepada Allah SWT agar zuriat yang lahir nanti menjadi hamba yang kuat beribadah kepada Tuhan.
Bila disebut ibadah, ia bukan setakat sembahyang dan puasa sahaja malah setiap tindak-tanduk yang disertakan dengan niat semata-mata kerana Allah, semuanya akan dikira ibadah dan diberi ganjaran pahala yang amat besar. Sabda Rasulullah SAW. Apabila seseorang wanita mengandung, kedudukannya disamakan dengan orang yang berpuasa, mengerjakan sembahyang Tahajjud di kebanyakan malam, mentaati Allah dan berjuang untuk agamaNya. Tiada siapa yang boleh mengetahui ganjaran pahala yang diperolehinya dari Allah di atas kesakitan yang dideritainya tatkala ia bersalin. Setelah anak itu dilahirkan, ia menyusukannya dengan susu sendiri dan bagi setiap titik susunya ia mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawanya kepada seseorang. Apabila ibu berhenti menyusukan selepas tempoh tertentu, malaikat menepuk bahunya sambil berkata dengan rasa hormat dan kasih: 'Wahai dayang Allah, bersedialah untuk kandungan seterusnya."
Anak dalam kandungan sentiasa mendengar suara di persekitarannya. Ibu yang mengandung digalakkan selalu membaca Al Quran dan sembahyang berjemaah bersama suaminya. Tujuan berbuat demikian agar si anak yang di dalam kandungan dapat mendengar kalimah ayat-ayat Al Quran yang dibacakan oleh ayahnya. Bila ibu dan ayahnya ahli ibadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat demikian. Hal ini telah terbukti benarnya kerana kedapatan anak-anak yang dilahirkan dalam suasana ibadah setelah usianya meningkat dua tahun, dia sudah menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang malah begitu sensitif dengan kalimah Tuhan. Dan ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah seperti Subhanallah, Allahu Akbar, Lailahaillallah dan banyak lagi
Selain dari waktu sembahyang, ketika sedang bersendirian atau sedang melakukan tugas seharian di rumah, janganlah jemu membasahkan lidah dengan kalimah-kalimah yang baik. Kita boleh membisikkan: " Wahai sayang, ibu sedang membacakan kalimah Allah, moga-moga dikau akan mendapat keberkatannya. Moga-moga dikau menjadi anak soleh atau solehah."
Mungkin ada ungkapan-ungkapan lain yang boleh anda perbualkan dengannya. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan bondanya sentiasa berada di dalam pengampunan Allah SWT selalu.
Kesimpulannya, untuk memperolehi anak yang cergas, cantik dan cerdik dalam semua segi, perkara utama yang mesti dititik-beratkan ialah ketaatan pada perintah Allah dan suami. Bila hubungan dengan Allah dan suami baik, insyaAllah segala-galanya akan berjalan dengan sempuma. Banyakkan membaca Al Quran, bertahlil, bermaulid, berzanji, marhaban, berzikir, sunat, berselawat, berdoa dan Iain-lainnya agar zuriat yang lahir menjadi soleh dan solehah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan