Ahad, 2 Ogos 2009

Kebangkitan Rakyat Kehendak Rakyat

Perjalanan Demo ini berjaya pada dasarnya. Cuma hanya tindakan pihak alatan kerajaan yang cuba membuat provokasi sehingga kedai-kedai peniaga terpaksa ditutup apabila disiram dengan senjata mereka. Mereka juga mengunakan kekerasan sedangkan kehadiran rakyat adalah hadir dengan aman dan hanya satu tujuan sebagai bukti suara rakyat yang anti ISA lebih ramai berbanding pro ISA. Aku menulis kerana aku melihat mereka memburuk-burukan kuasa rakyat yang ada dicantas oleh mereka yang zalim.



Duhai pemimpin, andai dikau benar-benar ikhlas maka dengarlah rintihan suara rakyat dari akar umbinya bukan dipucuk-pucuk kekayaan sahaja. Mereka yang ditahan di dalam ISA hanya mereka yang menentang kerajaan, sungguhpun kerajaan yang ada tidak patuh pada perlembagaan persekutuan. Undang-undang mereka cabuli demi kuasa untuk parti mereka sahaja. Inikah yang dikatakan 1Malaysia?



Suara rakyat suara keramat. Jika dulu seluruh rakyat Malaysia berhimpun dalam menghapuskan Malayan Union, kali ini sejarah berulang untuk menghapuskan ISA namun yang berbeza adalah tidakan mereka yang zalim lebih zalim dari askar-askar penjajah.

Hari ini rakyat telah didedahkan sehingga tiada seurat benang dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lihatlah duhai bangsa, hari ini mereka menanam tebu ditebing mulut, setelahnya mereka akan mengutip hasil untuk disimpan di dalam akaun-akaun mereka. Wang rakyat digunakan untuk mendapat komisyen, itu bukan perkara ADIL, itulah ZALIM.

Tiada ulasan: