"Segala puji bagi Allah yang tiada mempunyai anak dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan kelemahan-Nya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan Allah dengan bersungguh-sungguh " Al-Israa' 111
Rabu, 26 Ogos 2009
Sajakku Damai Abadi
Di mana?
Mengapa?
Kenapa?
Siapa?
Dimanakah keadilan dibumi nyata,
Mengapa keadilan hapus dikira,
Kenapa keadilan tiada nilainya,
Siapa penguasa keadilan sebenarnya,
Mereka yang kecil lagi dihina,
Mereka yang kuasa lagi dipuja,
Undang-undang diperkosa,
Berlaku curang merata-rata,
Inikah kita tinggalkan untuk warisan?
Jika kita bangkang kita dikengkang,
Bila kita melawan kita ditawan,
Jika kita sokong kita didokong,
Bila kita puji kita berjawatan,
Mengapa kita tidak menegakkan keadilan?
Mengapa kita perlu sealiran?
Sedangkan kita punya suara
Suara keramat suara demokrasi
Kata ada prosedur..
Kata ada SOP..
Bila rakyat punya kerja..
Prosedur, SOP penting belaka..
Bila mereka punya angkara..
Prosedur, SOP ditolak saja..
Mana pergi kesucian undang-undang?
Keluhuran perlembagaan hanya tinggal perlembagaan hutan
Angkara durjana pemimpin durhaka
Keadilan hilang dimata rakyat
Segala ruang diperkosa demi politik mereka Sedangkan rakyat sudah tidak mahu menerima mereka
Majalah yang ada permit dan kelulusan dirampas dan disita,
Buku fitnah dan meyeleweng di biar berleluasa,
Mana pergi kesucian keadilan?
Duhai rakyat..
Keadilan tidak akan muncul jika tidak ada mereka yang berani muncul untuk keadilan...
Kebenaran akan ditindas selagi mana tiada yang berani menegakkan keadilan...
Biarlah bagaikan merangkak di atas salji demi untuk keadilan dan kebenaran...
Rakyat berjuang tidak akan damai abadi... Hanya di sana pasti...
Sabtu, 22 Ogos 2009
Ramadhan O Ramadhan
Terasa bagaikan baru satni menjumpaimu,
Entah apa yang aku lakukan tika itu,
Bagaikan kau pergi berlalu sahaja,
Aku sungguh sepi disaat tidak mengerti apa yang ada pada mu,
Mereka kata 1000 bulan,
Kulihat 30 hari sahaja,
Mana bisa 30 menjadi 1000,
Bila dirujuk kata junjungan di situ ada keistimewaan,
Apa erti 1000 bulan jika peragai bagai durjana,
Ya Ramadhan,
Kuimpikan perubahan,
Tika dunia perlukan perubahan,
Kau tiba di saat diperlukan,
Namun amat kecewa pada mereka yang lupa padamu,
Tidak mencari redha Ilahi,
Saudara-saudaraku seagama,
Tidak akan hilang agama di dunia,
Namun manusia akan mula cari pelbagai agama,
Tidak kurang yang menambah agama,
Peganglah iktikad dan akidah yang luhur,
Cinta pada Allah, Kasih pada Rasulullah,
Turuti firman-Nya, Ikut sunnah rasul-Nya,
Kalian tidak sesat selamanya,
Jangan dikau mula syirik pada Allah,
Kelak dikau akan binasa,
Tidak diterima bumi dan cakerawala,
Hormatilah pada manusia yang lain,
Agar menjadi asbab mereka megerti Islam,
Kerna muslim itu akhlaknya baik dan terbaik,
Cuma individu yang lupa lakukan,
Ahad, 2 Ogos 2009
Kebangkitan Rakyat Kehendak Rakyat
Hari ini rakyat telah didedahkan sehingga tiada seurat benang dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lihatlah duhai bangsa, hari ini mereka menanam tebu ditebing mulut, setelahnya mereka akan mengutip hasil untuk disimpan di dalam akaun-akaun mereka. Wang rakyat digunakan untuk mendapat komisyen, itu bukan perkara ADIL, itulah ZALIM.
Sabtu, 1 Ogos 2009
Pengalaman Meriah
Apabila LRT Star yang aku naiki itu melalui kawasan berhampiran Dataran Merdeka, aku lihat padang Dataran itu kosong, tak ada manusia. Tidak menghairankan. Kawasan di situ dipenuhi dengan pasukan polis FRU lengkap dengan trak-trak merah mereka yang siap sedia dengan meriam air.
Bagaimanapun LRT itu kemudian berhenti di Stesen Bandaraya. Pintu kenderaan itu dibuka yang dikatakan sebelum ini tidak boleh turun. Aku segera turun.
Aku lihat Jalan Kucing telah dipenuhi sebahagiannya dengan penunjuk perasaan yang berbaju merah dan hitam. Kumpulan yang pertama aku lihat mereka sedang berarak ke arah Mesjid Negara. Kumpulan yang kedua berada di sekitar Kompleks Sogo. Aku turun dan menyertai kumpulan di Kompleks Sogo.
Tembakan bermula
Tidak sampai lima minit berada di situ tembakan gas pemedih mata kedengaran dan sesetengah orang ramai yang berhimpun mencari tempat selamat. Aku melihat pasukan polis memburu rakyat yang berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang telah berumur kini hampir 50 tahun.
Kehadiranku pada petang ini dalam perhimpunan mendesak supaya ISA dimansuhkan tidak penting. Sama ada aku datang atau tidak datang, ramai lagi anak-anak muda lain, aktivis-aktivis yang berani akan tetap menjayakan perhimpunan bersejarah ini untuk mengkuburkan ISA.
Aku juga ingin turut sama menciptanya. Aku ingin sertai detik yang bersejarah ini. Aku tidak mahu malu pada diriku sendiri bersenang-senang di rumah pada hujung minggu sedangkan sebahagian rakyat yang sedar sedang berhempas pulas berdepan polis, gas, gari, tangkapan, undang-undang dan penjara untuk memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan rakyat dengan menentang ISA.
Pelaksana ISA itu sepatutnya dihumpan kedalamnya terlebih dahulu, kerana merekalah yang sewenang-wenangnya mengunakan Akta mengikut parti mereka. Mereka juga mengunakan Hamba Kerajaan (Goverment Servant) sebagai perantara mereka dalam mendepani suara rakyat. Mereka begitu penakut dan laeh apabila rakyat mula bersuara akan hak rakyat.
"Jangan lari," teriak satu suara.
Kemudian kelihatan orang kiri kananku lari. Orang yang berteriak jangan lari itu juga akhirnya lari apabila sebiji canister gas pemedih mata jatuh tak jauh dari kami. Ketika itu aku sedang berada di sebatang jalan antara Kompleks Sogo dengan sebuah bangunan bank berhadapan stesyen LRT Bandaraya.
Ada etika terhormat
Aku bukan hero. Jadi aku pun turut sama berundur ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya aku ingatkan diri sendiri kalau berundur pun mesti ada etika secara terhormat, jangan lari cabut macam seorang penakut. Pengalaman sewaktu mahasiswa dahulu mengajarku supaya jangan takut sangat pada gas pemedih mata.
Aku nampak semua anak-anak muda sungguh berani. Anak-anak muda yang ramai di tempat aku berada kelihataan begitu berazam menyatakan bantahan mereka terhadap ISA.
Mereka memakai baju-baju sama ada berwarna merah atau hitam yang tertulis dengan kata-kata antara lainnya "ISA Akta Zalim".
Pada generasi mudalah harapan kita terletak supaya agenda perubahan masyarakat untuk keadilan dan kebebasan diteruskan. Dan aku hadir antara lainnya ialah untuk memberi sokongan bersama anak-anak muda yang berani berdepan polis dan alat negara dalam usaha membantah ISA.
Jika esok lusa aku mati, aku puas bersama-sama anak-anak muda yang berada di atas jalanraya menuntut ISA dimansuhkan.
Perhimpunan menentang ISA di kawasan sekitar Sogo dan kemudian di Jalan Tuanku Abdul rahman ini disertai rakyat pelbagai kaum, peringkat umur. Orang yang berumur 50-an pun agak ramai. Lelaki dan perempuan. Kebanyakannya semuanya sudah merah mata masing-masing kerana pedih asap gas.
Tawar garam
Ada seorang muda yang kenal padaku menawarkan garam kepadaku untuk mengurangkan pedih. Aku ucapkan terima kasih, kerana masih boleh bertahan. Sebenarnya aku tak tahu bagaimana hendak menggunakan garam itu. Namun aku mengisapnya, sungguhpun masin ia dapat mengurangkan kepedihan mata setelah beberapa minit.
Tiba-tiba pasukan FRU memburu kami, dan seperti orang lain aku berundur ke lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu kawasan orang berniaga pakaian, kuih muih dan air. Aku harus berhati-hati supaya tidak terjerumus ke kuali minyak panas yang sedang mengoreng cempedak atau pisang.
Aku rasa aku telah tersilap berundur di kawasn sesak seperti itu.
Aku bergerak ke arah Jalan Mesjid India. Kemudian aku lihat sepasukan polis biasa berkaki ayam mengejar seorang pemuda pembantah ISA yang berpakaian t-shirt hitam dengan lambang anti-ISA, berumur lewat 20-an. Aku melihat jam di tangan.
Ketika itu pukul 3.05 petang, anak muda Melayu itu diheret oleh polis beruniform biru itu dan disumbat ke dalam kereta proton wira Polis berwarna putih. Aku tidak dapat berbuat apa-apa sekadar menyaksikan sahaja, dalam hatiku berteriak geram dan amarah terhadap perbuatan polis yang sebagai alat kerajaan zalim. Polis hanya menjadi alat kepada kerajaan zalim dan tidak adil terhadap suara rakyat dalam sistem demokrasi di Malaysia.
Begitu angkuh polis-polis yang menangkap pemuda itu dan mengherdik orang ramai di kawasan Jalan Mesjid India berhadapan Panggung Collesium. Tetapi aku lihat orang ramai tidak takut dengan jerit herdik itu. Orang ramai faham apa yang dibantah ialah ISA.
Dari segi undang-undang atau lebih tepatnya jurisprudence, aku dapat melihat di hadapan mata bagaimana rakyat biasa bangun untuk menentang satu undang-undang yang mereka anggap zalim.
Tekan suara rakyat
Aku dapat menyaksikan bagaimana jentera atau mesin negara dalam bentuk polis sedang menekan suara rakyat. Inilah jentera atau mesin negara dalam bentuk polis atau tentera yang selama ini bersama-sama undang-undang seperti ISA menjadi tunggak untuk sesebuah kerajaan berkuasa.
Hari 1 Ogos ini hari yang membanggakanku sebagai rakyat Malaysia. Ternyata kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa lebih 50 tahun ini dengan dibantu oleh ISA sedang ditentang oleh rakyat jelata. satu waktu dulu hanya parti-parti politik pembangkang, para pelajar dan intelektual membantah ISA.
Tetapi kini Kuala Lumpur pada petang Sabtu ini hampir lumpuh apabila rakyat bangun bersatu menyatakan bahawa ISA yang telah berumur 50-an itu mestilah dimansuhkan.
ISA tidak sesuai lagi dengan dunia sekarang yang rakyat semakin sedar hak kebebasan dan hak demokratik mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara Malaysia yang merdeka.
Penahanan tanpa bicara yang menjadi asas ISA mesti ditentang. Rakyat telah nyatakan tuntutan mereka. Kerajaan BN yang ada sekarang perlu akur. Pindaan sekadar perubahan kosmetik tidak mencukupi.
Perkara luar biasa untuk rakyat MalaysiaPerkara berlaku sesama aku turut serta mendengar ucapan beberapa barisan pimpinan Pakatan Rakyat dan GMI di hadapan Bangunan PAS. Selepas sahaja ucapan dari Dato Seri Anwar Ibrahim berucap diikuti pula ucapan Tuan Guru Hadi Awang. Disaat itu juga ada sebuah ambulans hendak melintas laluan ditempat kami duduk.
Keadaan ditempat aku duduk di banjiri rakyat yang dianggarkan berjumlah lebih 5,000 orang (duduk rapat-rapat). Apa yang menarik perhatian aku adalah mereka lekas dan pantas bangun dari tempat duduk untuk memberi ruang ambulans tersebut melintas laluan itu, setelah ia pergi semua rakyat kembali duduk semula.
Rakyat Malaysia memang prihatin dan mempunyai nilai-nilai murni. Namun ISA tetap kejam apabila mereka yang berkenaan menguasainya tidak melakukan dan mengunakan ISA dengan adil, mereka kejam dan zalim kepada rakyat Malaysia.
Mansuh-mansuh... Mansuh ISA
Hapus-hapus... Hapus ISA
Hancur-hancur... Hancur BN
PRO-ISA tiada jumlah memuaskan
Sekitar tempat di Kuala Lumpur semuanya menyokong dan mendokong agar ISA dihapuskan. Dimana mereka yang menyokong? Bersuara bagaikan nak rak, namun hanya sekadar gimik sahaja. Mereka takut dan tidak berani dalam menegakkan pendirian mereka. Hanya bersuara lantang dibelakang seperti menyalak kepada bukit.
Suara rakyat terhadap hapuskan ISA perlu didengari kerana inilah suara mejoriti rakyat yang hadir dianggarkan 100,000 orang dari pelbagai bangsa, agama, negeri dan budaya. Jumlah ini dibecahkan dalam beberapa kawasan. Didapati juga FRU berada diserata kawasan di Kuala Lumpur bagi melumpuhkan demo ini, tetapi usaha mereka hanya dicelah gigi untuk rakyat.
Rakyat tetap menang dalam sungguhpun mereka telah berusaha meyekat kehadiran rakyat bermula dari semalam lagi hingga lewat malam. Usaha mereka gagal. Hidup Rakyat.