Khamis, 10 Disember 2009

Rabu, 26 Ogos 2009

Sajakku Damai Abadi


Di mana?
Mengapa?
Kenapa?
Siapa?

Dimanakah keadilan dibumi nyata,
Mengapa keadilan hapus dikira,
Kenapa keadilan tiada nilainya,
Siapa penguasa keadilan sebenarnya,

Mereka yang kecil lagi dihina,
Mereka yang kuasa lagi dipuja,
Undang-undang diperkosa,
Berlaku curang merata-rata,

Inikah kita tinggalkan untuk warisan?


Jika kita bangkang kita dikengkang,
Bila kita melawan kita ditawan,
Jika kita sokong kita didokong,
Bila kita puji kita berjawatan,

Mengapa kita tidak menegakkan keadilan?
Mengapa kita perlu sealiran?
Sedangkan kita punya suara
Suara keramat suara demokrasi

Kata ada prosedur..
Kata ada SOP..
Bila rakyat punya kerja..
Prosedur, SOP penting belaka..
Bila mereka punya angkara..
Prosedur, SOP ditolak saja..

Mana pergi kesucian undang-undang?
Keluhuran perlembagaan hanya tinggal perlembagaan hutan
Angkara durjana pemimpin durhaka

Keadilan hilang dimata rakyat
Segala ruang diperkosa demi politik mereka Sedangkan rakyat sudah tidak mahu menerima mereka

Majalah yang ada permit dan kelulusan dirampas dan disita,

Buku fitnah dan meyeleweng di biar berleluasa,

Mana pergi kesucian keadilan?


Duhai rakyat..

Keadilan tidak akan muncul jika tidak ada mereka yang berani muncul untuk keadilan...

Kebenaran akan ditindas selagi mana tiada yang berani menegakkan keadilan...

Biarlah bagaikan merangkak di atas salji demi untuk keadilan dan kebenaran...

Rakyat berjuang tidak akan damai abadi... Hanya di sana pasti...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan O Ramadhan

Kali ini aku kembali bertemu ya Ramadhan,
Terasa bagaikan baru satni menjumpaimu,
Entah apa yang aku lakukan tika itu,
Bagaikan kau pergi berlalu sahaja,
Aku sungguh sepi disaat tidak mengerti apa yang ada pada mu,

Mereka kata 1000 bulan,
Kulihat 30 hari sahaja,
Mana bisa 30 menjadi 1000,
Bila dirujuk kata junjungan di situ ada keistimewaan,
Apa erti 1000 bulan jika peragai bagai durjana,

Ya Ramadhan,
Kuimpikan perubahan,
Tika dunia perlukan perubahan,
Kau tiba di saat diperlukan,
Namun amat kecewa pada mereka yang lupa padamu,
Tidak mencari redha Ilahi,

Saudara-saudaraku seagama,
Tidak akan hilang agama di dunia,
Namun manusia akan mula cari pelbagai agama,
Tidak kurang yang menambah agama,
Peganglah iktikad dan akidah yang luhur,
Cinta pada Allah, Kasih pada Rasulullah,
Turuti firman-Nya, Ikut sunnah rasul-Nya,
Kalian tidak sesat selamanya,
Jangan dikau mula syirik pada Allah,
Kelak dikau akan binasa,
Tidak diterima bumi dan cakerawala,

Hormatilah pada manusia yang lain,
Agar menjadi asbab mereka megerti Islam,
Kerna muslim itu akhlaknya baik dan terbaik,
Cuma individu yang lupa lakukan,

Ahad, 2 Ogos 2009

Kebangkitan Rakyat Kehendak Rakyat

Perjalanan Demo ini berjaya pada dasarnya. Cuma hanya tindakan pihak alatan kerajaan yang cuba membuat provokasi sehingga kedai-kedai peniaga terpaksa ditutup apabila disiram dengan senjata mereka. Mereka juga mengunakan kekerasan sedangkan kehadiran rakyat adalah hadir dengan aman dan hanya satu tujuan sebagai bukti suara rakyat yang anti ISA lebih ramai berbanding pro ISA. Aku menulis kerana aku melihat mereka memburuk-burukan kuasa rakyat yang ada dicantas oleh mereka yang zalim.



Duhai pemimpin, andai dikau benar-benar ikhlas maka dengarlah rintihan suara rakyat dari akar umbinya bukan dipucuk-pucuk kekayaan sahaja. Mereka yang ditahan di dalam ISA hanya mereka yang menentang kerajaan, sungguhpun kerajaan yang ada tidak patuh pada perlembagaan persekutuan. Undang-undang mereka cabuli demi kuasa untuk parti mereka sahaja. Inikah yang dikatakan 1Malaysia?



Suara rakyat suara keramat. Jika dulu seluruh rakyat Malaysia berhimpun dalam menghapuskan Malayan Union, kali ini sejarah berulang untuk menghapuskan ISA namun yang berbeza adalah tidakan mereka yang zalim lebih zalim dari askar-askar penjajah.

Hari ini rakyat telah didedahkan sehingga tiada seurat benang dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lihatlah duhai bangsa, hari ini mereka menanam tebu ditebing mulut, setelahnya mereka akan mengutip hasil untuk disimpan di dalam akaun-akaun mereka. Wang rakyat digunakan untuk mendapat komisyen, itu bukan perkara ADIL, itulah ZALIM.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Pengalaman Meriah

Dari dalam LRT aku melalui Stesen Mesjid India. LRT itu berhenti tetapi pintu tidak dibuka. Tiada penumpang yang naik atau dibenarkan turun. Ada pengumuman sebelum itu bahawa LRT tidak berhenti di Stesen Mesjid Jamek dan Stesen Bandaraya kerana ada perhimpunan di Dataran Merdeka.

Apabila LRT Star yang aku naiki itu melalui kawasan berhampiran Dataran Merdeka, aku lihat padang Dataran itu kosong, tak ada manusia. Tidak menghairankan. Kawasan di situ dipenuhi dengan pasukan polis FRU lengkap dengan trak-trak merah mereka yang siap sedia dengan meriam air.

Bagaimanapun LRT itu kemudian berhenti di Stesen Bandaraya. Pintu kenderaan itu dibuka yang dikatakan sebelum ini tidak boleh turun. Aku segera turun.

Aku lihat Jalan Kucing telah dipenuhi sebahagiannya dengan penunjuk perasaan yang berbaju merah dan hitam. Kumpulan yang pertama aku lihat mereka sedang berarak ke arah Mesjid Negara. Kumpulan yang kedua berada di sekitar Kompleks Sogo. Aku turun dan menyertai kumpulan di Kompleks Sogo.

Tembakan bermula

Tidak sampai lima minit berada di situ tembakan gas pemedih mata kedengaran dan sesetengah orang ramai yang berhimpun mencari tempat selamat. Aku melihat pasukan polis memburu rakyat yang berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang telah berumur kini hampir 50 tahun.

Kehadiranku pada petang ini dalam perhimpunan mendesak supaya ISA dimansuhkan tidak penting. Sama ada aku datang atau tidak datang, ramai lagi anak-anak muda lain, aktivis-aktivis yang berani akan tetap menjayakan perhimpunan bersejarah ini untuk mengkuburkan ISA.

Aku juga ingin turut sama menciptanya. Aku ingin sertai detik yang bersejarah ini. Aku tidak mahu malu pada diriku sendiri bersenang-senang di rumah pada hujung minggu sedangkan sebahagian rakyat yang sedar sedang berhempas pulas berdepan polis, gas, gari, tangkapan, undang-undang dan penjara untuk memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan rakyat dengan menentang ISA.

Pelaksana ISA itu sepatutnya dihumpan kedalamnya terlebih dahulu, kerana merekalah yang sewenang-wenangnya mengunakan Akta mengikut parti mereka. Mereka juga mengunakan Hamba Kerajaan (Goverment Servant) sebagai perantara mereka dalam mendepani suara rakyat. Mereka begitu penakut dan laeh apabila rakyat mula bersuara akan hak rakyat.

"Jangan lari," teriak satu suara.

Kemudian kelihatan orang kiri kananku lari. Orang yang berteriak jangan lari itu juga akhirnya lari apabila sebiji canister gas pemedih mata jatuh tak jauh dari kami. Ketika itu aku sedang berada di sebatang jalan antara Kompleks Sogo dengan sebuah bangunan bank berhadapan stesyen LRT Bandaraya.

Ada etika terhormat

Aku bukan hero. Jadi aku pun turut sama berundur ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya aku ingatkan diri sendiri kalau berundur pun mesti ada etika secara terhormat, jangan lari cabut macam seorang penakut. Pengalaman sewaktu mahasiswa dahulu mengajarku supaya jangan takut sangat pada gas pemedih mata.

Aku nampak semua anak-anak muda sungguh berani. Anak-anak muda yang ramai di tempat aku berada kelihataan begitu berazam menyatakan bantahan mereka terhadap ISA.

Mereka memakai baju-baju sama ada berwarna merah atau hitam yang tertulis dengan kata-kata antara lainnya "ISA Akta Zalim".

Pada generasi mudalah harapan kita terletak supaya agenda perubahan masyarakat untuk keadilan dan kebebasan diteruskan. Dan aku hadir antara lainnya ialah untuk memberi sokongan bersama anak-anak muda yang berani berdepan polis dan alat negara dalam usaha membantah ISA.

Jika esok lusa aku mati, aku puas bersama-sama anak-anak muda yang berada di atas jalanraya menuntut ISA dimansuhkan.

Perhimpunan menentang ISA di kawasan sekitar Sogo dan kemudian di Jalan Tuanku Abdul rahman ini disertai rakyat pelbagai kaum, peringkat umur. Orang yang berumur 50-an pun agak ramai. Lelaki dan perempuan. Kebanyakannya semuanya sudah merah mata masing-masing kerana pedih asap gas.

Tawar garam

Ada seorang muda yang kenal padaku menawarkan garam kepadaku untuk mengurangkan pedih. Aku ucapkan terima kasih, kerana masih boleh bertahan. Sebenarnya aku tak tahu bagaimana hendak menggunakan garam itu. Namun aku mengisapnya, sungguhpun masin ia dapat mengurangkan kepedihan mata setelah beberapa minit.

Tiba-tiba pasukan FRU memburu kami, dan seperti orang lain aku berundur ke lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu kawasan orang berniaga pakaian, kuih muih dan air. Aku harus berhati-hati supaya tidak terjerumus ke kuali minyak panas yang sedang mengoreng cempedak atau pisang.

Aku rasa aku telah tersilap berundur di kawasn sesak seperti itu.

Aku bergerak ke arah Jalan Mesjid India. Kemudian aku lihat sepasukan polis biasa berkaki ayam mengejar seorang pemuda pembantah ISA yang berpakaian t-shirt hitam dengan lambang anti-ISA, berumur lewat 20-an. Aku melihat jam di tangan.

Ketika itu pukul 3.05 petang, anak muda Melayu itu diheret oleh polis beruniform biru itu dan disumbat ke dalam kereta proton wira Polis berwarna putih. Aku tidak dapat berbuat apa-apa sekadar menyaksikan sahaja, dalam hatiku berteriak geram dan amarah terhadap perbuatan polis yang sebagai alat kerajaan zalim. Polis hanya menjadi alat kepada kerajaan zalim dan tidak adil terhadap suara rakyat dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Begitu angkuh polis-polis yang menangkap pemuda itu dan mengherdik orang ramai di kawasan Jalan Mesjid India berhadapan Panggung Collesium. Tetapi aku lihat orang ramai tidak takut dengan jerit herdik itu. Orang ramai faham apa yang dibantah ialah ISA.

Dari segi undang-undang atau lebih tepatnya jurisprudence, aku dapat melihat di hadapan mata bagaimana rakyat biasa bangun untuk menentang satu undang-undang yang mereka anggap zalim.

Tekan suara rakyat

Aku dapat menyaksikan bagaimana jentera atau mesin negara dalam bentuk polis sedang menekan suara rakyat. Inilah jentera atau mesin negara dalam bentuk polis atau tentera yang selama ini bersama-sama undang-undang seperti ISA menjadi tunggak untuk sesebuah kerajaan berkuasa.

Hari 1 Ogos ini hari yang membanggakanku sebagai rakyat Malaysia. Ternyata kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa lebih 50 tahun ini dengan dibantu oleh ISA sedang ditentang oleh rakyat jelata. satu waktu dulu hanya parti-parti politik pembangkang, para pelajar dan intelektual membantah ISA.

Tetapi kini Kuala Lumpur pada petang Sabtu ini hampir lumpuh apabila rakyat bangun bersatu menyatakan bahawa ISA yang telah berumur 50-an itu mestilah dimansuhkan.

ISA tidak sesuai lagi dengan dunia sekarang yang rakyat semakin sedar hak kebebasan dan hak demokratik mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara Malaysia yang merdeka.

Penahanan tanpa bicara yang menjadi asas ISA mesti ditentang. Rakyat telah nyatakan tuntutan mereka. Kerajaan BN yang ada sekarang perlu akur. Pindaan sekadar perubahan kosmetik tidak mencukupi.

Perkara luar biasa untuk rakyat Malaysia

Perkara berlaku sesama aku turut serta mendengar ucapan beberapa barisan pimpinan Pakatan Rakyat dan GMI di hadapan Bangunan PAS. Selepas sahaja ucapan dari Dato Seri Anwar Ibrahim berucap diikuti pula ucapan Tuan Guru Hadi Awang. Disaat itu juga ada sebuah ambulans hendak melintas laluan ditempat kami duduk.

Keadaan ditempat aku duduk di banjiri rakyat yang dianggarkan berjumlah lebih 5,000 orang (duduk rapat-rapat). Apa yang menarik perhatian aku adalah mereka lekas dan pantas bangun dari tempat duduk untuk memberi ruang ambulans tersebut melintas laluan itu, setelah ia pergi semua rakyat kembali duduk semula.

Rakyat Malaysia memang prihatin dan mempunyai nilai-nilai murni. Namun ISA tetap kejam apabila mereka yang berkenaan menguasainya tidak melakukan dan mengunakan ISA dengan adil, mereka kejam dan zalim kepada rakyat Malaysia.

Mansuh-mansuh... Mansuh ISA
Hapus-hapus... Hapus ISA
Hancur-hancur... Hancur BN

PRO-ISA tiada jumlah memuaskan

Sekitar tempat di Kuala Lumpur semuanya menyokong dan mendokong agar ISA dihapuskan. Dimana mereka yang menyokong? Bersuara bagaikan nak rak, namun hanya sekadar gimik sahaja. Mereka takut dan tidak berani dalam menegakkan pendirian mereka. Hanya bersuara lantang dibelakang seperti menyalak kepada bukit.

Suara rakyat terhadap hapuskan ISA perlu didengari kerana inilah suara mejoriti rakyat yang hadir dianggarkan 100,000 orang dari pelbagai bangsa, agama, negeri dan budaya. Jumlah ini dibecahkan dalam beberapa kawasan. Didapati juga FRU berada diserata kawasan di Kuala Lumpur bagi melumpuhkan demo ini, tetapi usaha mereka hanya dicelah gigi untuk rakyat.

Rakyat tetap menang dalam sungguhpun mereka telah berusaha meyekat kehadiran rakyat bermula dari semalam lagi hingga lewat malam. Usaha mereka gagal. Hidup Rakyat.

Sabtu, 18 Julai 2009

Bunuh Diri Ker?

Orang ramai yang berurusan di Plaza Masalam, Shah Alam bertanyakan kenapa ada orang ramai berhimpun, kepada salah seorang yang menyertai perhimpunan mendesak siasatan dilakukan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat Teoh Beng Hock.

Orang yang ditanya itu menjawab: "Ada kes kematian semalam di sini. Mereka ini melahirkan tidak puas hati tentang kematian itu."

Jawab balik orang bertanya itu: "Ooo ... yang semalam kes bunuh diri tu ..."

"Macam mana awak tahu itu kes bunuh diri," soal orang sebelah kepada yang ditanya tadi.

Ini antara bualan ringkas di pintu masuk ke bangunan pejabat di Plaza Masalam pagi tadi semasa orang ramai yang dianggarkan lebih 500 orang berkumpul meminta SPRM bertanggungjawab diatas kematian Teoh yang ditemui dibawah pejabat SPRM, tingkat 14.

Tambah orang itu: "Kalau saudara dapat berita awal kes itu bunuh diri, saya pun dapat berita awal yang Teoh ini bunuh diri."

Orang ramai yang tidak mengenali Teoh iaitu Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yoing Hian Wah dan mendapat maklumat awal memang mudah menyangka kebenaran berita tersebut.

Soalnya siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita bahawa Teoh membunuh diri, sedangkan pihak polis mengklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut dan siasatan sedang dijalankan.

Apabila ada pemimpin DAP yang menceritakan tentang keperibadian Teoh maka maklumat awal tersebut ternyata semacam sebuah cerekarama seolah hendak menutup kematian sebenar Teoh.

Ini kerana kematian mengejut beliau itu banyak menimbulkan persoalan dan andaian. Teoh pula tidak meninggalkan sebarang nota dalam masa rehat beliau di pejabat SPRM iaitu sebaik sahaja selesai siasatan pada pukul 3.30 pagi hingga 6 pagi, semalam bagi beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Walaupun kesedaran kematian Teoh pada pukul 1.30 tengahari tetapi sebelum itu kali terakhir lokasi beliau berada di pejabat SPRM maka suruhanjaya tersebut perlu bertanggungjawab.

Pada 7 Julai lalu, saudara yang mahu dikenali Zul seorang pembantu tadbir pihak berkuasa tempatan (PBT) menceritakan beliau didera oleh SPRM di bilik gelap di pejabat SPRM di Johor Bahru dan telah membuat laporan polis.

Perkara ini disahkan Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

"Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya," katanya.

Ini bermakna SPRM sudah ada kes dera saksi maka amat dibimbangi keghairan yang meruap-ruap menyiasat dakwaan penyelewengan exco kerajaan negeri Selangor akhirnya mengundang padah seperti yang menimpa Teoh.

Macam di UKM?

Kata orang tua-tua kalau bergurau biar berpada, takut nanti bawa malapetaka.

Bagaimanapun rakyat Malaysia yang tertanya-tanya mahu pihak polis menjalankan siasatan dan menahan mereka yang terakhir bersama beliau di pejabat SPRM, tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Atau apakah pejabat SPRM juga terdapat 'lembaga' misteri sebagaimana cerita pelajar siswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, ditemui mati di Kolej Pendeta Zaba, dipercayai terjatuh dari tingkat empat.

Diceritakan rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Rosliza, 20-an, berkata sejak mendiami kolej kediaman itu hampir dua tahun lalu, pelbagai cerita mengenai gangguan makhluk halus seperti lembaga hitam tersebar.

Apakah Teoh juga mati kerana 'lembaga misteri'? Siapa lembaga misteri itu? Jin atau manusia?

Apa yang pastinya selagi siasatan tidak dijalankan secara telus selagi itu kematian Teoh jadi tanda tanya dan misteri. _

Ahad, 12 Julai 2009

Seminar Pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Helmi

SEMINAR PEMIKIRAN DR.BURHANUDDIN AL-HILMI PDF Print E-mail

Ahad, 2 Ogos 2009 :: 8.30pg-5.15ptg :: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"

(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)

PENGENALAN

Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya tidak berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA: 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)
Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

Cara Pendaftaran:

  • Melalui SMS atau email : Nyatakan

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:

Azlin: 013-303 7867

Nurani: 013-611 4832

Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it


Daftar segera, tempat adalah terhad.

Jumaat, 10 Julai 2009

Kebangkitan Mahasiswa

RAJAWALI

sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

langit tanpa rajawali adalah keluasan
dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara

rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya

hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorgana

rajawali terbang tinggi membelah langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

Puisi nukilan WS Rendra dedikasi untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Anak Muda

Wahai Anak Muda,
Andai dikau berhati garang,
Tidak mudah berhati luntur,
Mari menuju ke medan perang,
Mari mara ke medan tempur,

Wahai Anak Muda,
Biar dikau dipenjara,
AUKU digari si tangan besi,
Tetapkan hati terus bersuara,
Baru diseru medan demokrasi,

Wahai Anak Muda,
Selangkah kita bermula,
Baru dipanggil perjalanan,
Ikatan hati terus bergema,
Lawan tetap lawan,

Wahai Anak Muda,
Biar sedikit tetapi berani,
Beriltizam mendepani dunia,
Tanamkan hati dengan nilai murni,
Yang bisa merobah dunia,

Nukilan Aazanan untuk dedikasi Mahasiswa





Rabu, 8 Julai 2009

Seruan Mahasiswa Lagi






Gerakan Mahasiswa dan Pekerja

Assalamualaikum...

Era mahasiswa akan kembali...
Melahirkan mahasiswa yang berbakti pada masyarakat...
Menjana akar umbi dan asas dalam masyarakat dengan nilai-nilai murni...
Mahasiswa sebagai medah dan wadah tranformasi masyarakat...

Marilah wahai mahasiswa,
Kumeyeru dengan nama mu agar berbakti pada dunia,
memberi manfaat pada mereka yang sensara,
Menjalinkan kasih sayang sesama kita,

Andai dikau sensara,
Kita hulurkan bantuan,
Andai dikau bahagia,
Kuperlukan dokongan, sokongan dan dorongan,

Mahasiswa era masa kini,
Tidak takut dan gentar,
Sekali melangkah kaki,
Tidak henti hingga keakhir,


ahmadalbab7@yahoo.com

Ahad, 5 Julai 2009

Jom Pi Ramai-Ramai





Kementerian Ahli Parlimen PKR Ahli Parlimen PAS Ahli Parlimen DAP
JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

YB Mohamed Azmin Ali

YB Sivarasa Rasiah

YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim

YB William Leong

YB Ahmad Kasim

YB Fuziah Salleh


YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang

YB Ust Nasharudin Mat Isa

YB Salahuddin Ayub

YB Dr Hatta Ramli

YB Dr Dzulkifli Ahmad

YB Taib Azamuddin

YB Khalid Samad


YB Lim Kit Siang

YB Ngeh Koo Ham

YB Hiew King Chiew

YB John Fernandez






KEMENTERIAN DALAM NEGERI YB Dato’ Johari Abdul YB Salahuddin Haji Ayub YB Karpal Singh
KEMENTERIAN KEWANGAN YB Mohamed Azmin Ali Dr Dzulkifli Ahmad YAB Lim Guan Eng
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim YB Khalid Samad YB Tan Kok Wai
KEMENTERIAN KERJA RAYA YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas YB Dato’ Mahfuz Omar YB Gobind Singh Deo
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI YB Dato’ Rashid Din YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Er Teck Hwa
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR YB Chua Tian Chang YB Nasir bin Zakaria YB Charles Anthony Santiago
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI YB William Leong YB Dr Mohd Hatta Ramli YB Teresa Kok
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI YB Ahmad Kassim YB Taib Azamuddin Md Taib YB Sim Tong Him
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA YB Azan Ismail YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut YB Jeff Ooi
KEMENTERIAN PELAJARAN YB Yusmadi Yusoff YB Che Uda Che Nik YB Chong Eng
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN YB Amran Abdul Ghani YB Dato’ Mahfuz Haji Omar YB Teo Nie Ching
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA YB Abdullah Sani Abdul Hamid YB Muhammad bin Husin YB M Kulasegaran
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI YB Nurul Izzah Anwar YB Dr Che Rosli Che Mat YB Chow Kon Yeow
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN YB Hee Loy Sian YB Dr Siti Mariah Mahmud YB Nga Kor Ming
KEMENTERIAN PERTAHANAN YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin YB Liew Chin Tong
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH YB Ab Aziz Ab Kadir YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman YB M Manogaran
KEMENTERIAN LUAR NEGERI YB Sivarasa Rasiah YB Dato’ Kamarudin Jaffar YB P Ramasamy
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN YB Tan Tee Beng YB Mohd Firdaus bin Jaafar YB Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN KESIHATAN YB Dr Lee Boon Chye YB Dr Mohd Hayati Othman YB Dr Tan Seng Giaw
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT YB Zuraida Kamaruddin YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf YB Fong Po Kuan
KEMENTERIAN PELANCONGAN YB Manikavasagam a/l Sundaram YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Fong Kui Lun
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN YB Wee Choo Keong YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali YB Lim Lip Eng
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI YB Zulkifli Nordin YB Salahuddin Haji Ayub YB Tony Pua
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR YB Gobalakrishnan a/l Nagapan YB Dr Mujahid Yusof Rawa YB Chong Chien Jen

Jumaat, 5 Jun 2009

Doa

ألا يا الله بنظرة

أَلاَ يَا الله بِنَظْرَة مِنَ الْعَيْنِ الرَّحِيْمـَة

Ya Allah ! limpahkanlah kurnia rahmat-Mu

تُدَاوِي كُلَّ مَا بِي مِنْ أَمْرَاضٍ سَقِيْمَة

Yang dapat menyembuhkan semua penyakit-penyakit yang ada padaku

ألاَ ياَ صَاحِ يا صَاحِ لاَ تَجْزَعْ وتَضْجَرْ

Wahai kawanku! Wahai kawanku! Janganlah engkau gelisah dan jangan bosan

وسَلِّمْ لِلْمَقَادِيْـر كَيْ تُحْمَدْ وتُؤْجـَرْ

Serahkanlah pada takdir agar engkau dipuji dan di beri pahala

وَكُـنْ رَاضِي بِمَا قَدَّرَ المَوْلَى ودَبَّـر

Dan jadilah hamba yang redha atas apa yang telah di takdirkan Allah, dan diaturkanNya

وَلاَ تَسْخَطْ قَضَا اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ اْلأَكْبَر

Dan janganlah engkau ingkar akan takdir Allah Tuhan Arsy yang

Maha Besar

وَكُنْ صَابِرْ وَشَاكِرْ

Jadilah engkau orang yang bersabar dan bersyukur

تَكُنْ فَائِزْ وَظَافِـرْ

Maka engkau akan menjadi orang yang berjaya dan menang

وَمِنْ أَهْلِ السَّرَائـِر

Dan menjadi kelompok orang orang ahli sir (rahsia)

رِجَالِ اللهِ مِنْ كُلِّ ذِيْ قَلْبٍ مُنـَوَّرٍ

Yaitu hamba-hamba Allah yang memiliki hati yang bercahaya

مُصَفًّى مِنْ جَمِيْعِ الدَّنَسِ طَيِّبٍ مُطَهَّرٍ

Yang bersih dari segala noda (kotoran hati), baik dan suci

وَذِهْ دُنْيـَا دَنِيـَّة حَوَادِثُهَا كَثِـيْرَة

Dunia ini hina, dan banyak kejadian-kejadiannya

وَعِيْشَـتُهَا حَقِيْرَة وَمُدَّتُهَا قَصـِيْرَة

Dan kehidupan dunia itu hina, serta masa untuk hidup itu singkat

وَلاَ يَحْرِصْ عَلَيْهَا سِوَى أَعْمَى الْبَصِيْرَة

Dan tidak ada orang yang rakus akan dunia melainkan orang yang buta hatinya

عَدِيْمُ الْعَقْلِ لَوْ كَانَ يَعْقِلْ كَانَ أَفْكـَر

Yang tidak berakal, yang apabila ia benar-benar berakal ia akan berfikir

تَفَكِّرْ فِي فَنَاهـَا

Berfikirlah akan dunia yang tidak kekal

وَفِي كَثْرَةِ عَنَاهَا

Dan penderitaannya (dunia) yang banyak.

وَفِي قِلَّةِ غِنَاهـَا

Dan akan kekayaannya (dunia) yang sedikit.

فَطُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ مِنْـهَا تَحَـذَّرْ

Maka beruntunglah dan sungguh beruntung bagi siapa yang berhati-hati dari

pada dunia

وَطَلَّقَهَا وَفِي طَاعَةِ الرَّحْمنِ شَمَرْ

Dan menceraikannya (dunia), dan bersiap-siap menuju kepada ketaatan Allah.

أَلاَ يَا عَيْن جُوْدِيْ بِدَمْعٍ مِنْكِِ سَائِـلْ

Wahai mata! Curahkanlah dari padamu air mata yang mengalir

عَلَى ذَاكَ الْحَبِيْبِ الَّذِيْ قَدْ كَانَ نَازِلْ

Untuk seorang kekasih yang telah di utus (Nabi Muhammad s.a.w.)

مَعَنَا فِي الْمَرَابِعْ وَأَصْبَحَ سَفَر رَاحِلْ

Ia bersama kami dan sekarang telah pergi

وَأَمْسَى الْقَلْبُ وَالْبَالُ مِنْ بَعْدِهِ مُكَدَّر

Maka hati ini setelah kepergiannya menjadi menjadi sedih

وَلكـِنْ حَسْبِيَ الله

Akan tetapi cukup bagiku, Allah

وَكـُلُّ الأَمْرِ للـهِ

Dan segala urusan akan kembali pada Allah

وَلاَ يَبْقَى سِوَى الله

Dan tiada yang kekal kecuali Allah

عَلَى بَشَّارِ جَادَتْ سَحَائِبْ رَحْمَةِ الْبَرّ

Semoga Allah memberikan curahan rahmatnya atas penghuni Bassyar (tiga tempat pengkuburan para Auliya).

وَحَيَّاهُمْ بِرَوْحِ الرِّضـَا رَبِّي وَبَشَّـرْ

Dan semoga Dia (Allah) mencurahkan keredhaannya atas mereka serta memberi khabar gembira

بِهَـا سَادَاتُـنَا وَالشُّيُوْخُ الْعَارِفُوْنَـا

Disana terdapat tuan-tuan dan guru-guru kami yang arif

وَأَهـْلُوْنَا وَأَحْبـَابِ قَلْبِيْ نَازِلُوْنَـا

keluarga kami dan orang-orang yang kami cintai

وَمَنْ هُمْ فِي سَرَائِرِ فُؤَادِيْ قَاِطِنُوْنَـا

Dan mereka orang-orang yang berada dalam lubuk hatiku

بِسَاحَةِ تُرْبِهَا مِنْ ذَكِيِّ الْمِسْكِ أَعْطَر

Mereka berada di tempat yang debunya tercium aroma bau kasturi

مَنَازِلُ خَيْرِ سَادَة

Tempat-tempat persinggahan bagi sebaik-baik manusia

لِكُلِّ النَّاسِ قَادَة

Mereka pemimpin bagi umat manusia

مَحَبَّتَهُمْ سَعَادَة

Dalam mencintai mereka terdapat kebahagiaan

أَلاَ يَا بَخْت مَنْ زَارَهُمْ بِالصِّدْقِ وانْدَر

Sungguh beruntung bagi siapa yang menziarahi mereka dengan tulus dan datang

إِلَيْـهِمْ مُعْتَنـِي كُلُّ مَطْلُوْبِهِ تَيَسـَّرْ

Kepada mereka dengan penuh perhatian maka semua permintaannya akan dipermudahkan